Monday, June 2, 2008

Naik Lagi?

Mmmm...nampaknya minyak nak naik lagi. Ogos ni bersedialah utk segala kemungkinan. Yang pasti kita golongan pertenganhan ni yang paling terasa kot. Apa pun harap2 keadaan tak jadi sangat tertekan dan menyeksakan. Syor saya :

1. Harga minyak mengikut gred. Biarlah minyak bergred tinggi dengan harga yang lebih tinggi untuk kenderaan yang berprestasi tinggi. Dia org yang kaya2 ni x kisah pun coz minyak masih murah bagi dia orang berbanding negara2 jiran yang lain. So minyak yang bergred lebih rendah sedikit ni bolehlah di khaskan untuk kenderaan2 biasa terutama kenderaan nasional ( Proton & Perodua ). Tak la terasa sangat dan kita boleh memilih nak pakai yang mana satu.

2. Larangan penjualan petrol pada kenderaan asing disempadan patut diteruskan. Jangan biarkan subsidi untuk rakyat negara ini habis ditangguk dek rakyat asing. Cuma boleh lah diubahsuai sedikit. Kalau kenderaan asing masih nak beli petrol boleh, tapi pada harga standard la. RM 4.00 seliter, baru adil.