Wednesday, September 24, 2008

Salam Lebaran

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI diucapkan pada seluruh umat Islam khususnya kepada isteri tersayang, Noor Hafizah Che Man dan dua Putera tersayang Muhammad Aizat Irwan dan Muhammad Zikryl Hakiem. Mak Abah di Banting, Mohamed Haidir Abd Samad dan Jamilah Ibrahim, keluarga Mertua di Sg. Petani, Che Man Mat Saman dan Sharifah Awang, Kak Long, Bang Man, Bang Pit, Kak Jah, Fizi, Gee, Zatun, Dayah, Hanif, Wani. Semua anak saudara dan handai taulan tak kira di mana berada terutama di Banting Baru, Sijangkang, Jenjarum, Port Dickson, Sg. Pinang, Keramat, Temerloh, Kulim, Bangi, Batu Laut, Ipoh..tec.

Dengan ucapan, Selamat Menyambut Lebaran, Maaf Zahir Batin dan berhati-hati di jalan raya

Tuesday, September 23, 2008


Muhammad Aizat Irwan bin Norazhar. Lahir 30 September 2003 di Hospital Daerah Banting, Selangor.
Muhammad Zikryl Hakiem bin Norazhar. Lahir 10 September 2007 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Monday, June 2, 2008

Naik Lagi?

Mmmm...nampaknya minyak nak naik lagi. Ogos ni bersedialah utk segala kemungkinan. Yang pasti kita golongan pertenganhan ni yang paling terasa kot. Apa pun harap2 keadaan tak jadi sangat tertekan dan menyeksakan. Syor saya :

1. Harga minyak mengikut gred. Biarlah minyak bergred tinggi dengan harga yang lebih tinggi untuk kenderaan yang berprestasi tinggi. Dia org yang kaya2 ni x kisah pun coz minyak masih murah bagi dia orang berbanding negara2 jiran yang lain. So minyak yang bergred lebih rendah sedikit ni bolehlah di khaskan untuk kenderaan2 biasa terutama kenderaan nasional ( Proton & Perodua ). Tak la terasa sangat dan kita boleh memilih nak pakai yang mana satu.

2. Larangan penjualan petrol pada kenderaan asing disempadan patut diteruskan. Jangan biarkan subsidi untuk rakyat negara ini habis ditangguk dek rakyat asing. Cuma boleh lah diubahsuai sedikit. Kalau kenderaan asing masih nak beli petrol boleh, tapi pada harga standard la. RM 4.00 seliter, baru adil.

Monday, May 26, 2008

Realiti Kehidupan Kita Kini

Sama ada suka atau tidak, hidup kita kini dipengaruhi oleh keputusan Pilihanraya Umum ke 12 (PRU12) yang lalu. Apa kesannya ke atas hidup kini masa kini?

1. Negeri kelahiran saya kini, Selangor Darul Ehsan, buat julung2 kalinya berada di bawah pemerintahan parti selain Barisan Nasional (BN). Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Pakatan Rakyat (PR) telah mendapat sokongan dari sebahagian pengundi Selangor yang dulunya penyokong kuat BN, pengundi yang di atas pagar dan tentunya pengundi yang terang terangan penyokong kuat PKR. Sedih kerana saya merupakan salah seorang penyokong kuat BN selama ini. Sedih kerana BN kalah. Sedih kerana sokongan rakyat Selangor kini beralih kepada pembangkang. Kenapa ini terjadi? Persoalan yang cuba saya cari jawapannya. Setelah hampir semua blog saya jelajah, semua kemelut politik yang terjadi akhir2 ini, semua kata2 dari lobi parlimen sehinggalah borak2 kosong di kedai kopi, saya rasa saya berjaya mendapat jawapannya. Ini amat berkait rapat dengan ' Realiti Kehidupan Kita Kini'

2. Saat2 akhir hinggalah sebelum pengumuman pembubaran Parlimen, Perdana Menteri (PM), Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi (DSAAB) telah dengan bangga dan secara berturut-turut melancarkan 5 projek mega di lima kawasan utama di Malaysia. ECER, NCER dan WPI antaranya menyasarkan berbillion pelaburan, ratusan ribu peluang pekerjaan, peningkatan taraf hidup dan taraf ekonomi penduduk setempat yang pada hemat saya sebagai umpan terakhir kerajaan BN untuk mendapatkan kepercayaan dan undi rakyat Malaysia keseluruhannya. Gembira dan rasa sungguh bertuah mempunyai kerajaan yang sungguh bertanggungjawab ke atas rakyat yang memilih mereka. Tapi setelah BN kalah teruk sehingga hilang 5 negeri dalam PRU12 barulah ada terfikir buat kali kedua. Apa yang saya fikirkan?

3. Yang pertama siapakah yang akan menerima sebahagian besar kontrak yang tentunya bernilai billion ringgit tersebut. Adakah kita rakyat biasa yang hanya berpendapatan cukup untuk menyara keluarga ini? Atau penoreh getah yang pukul 5 pagi dah pun bangun mengadap pokok getah? Atau si nelayan yang terpaksa ikat perut kiranya laut gelora? Atau si pencuci lantai di ruang legar Seri Perdana? Tentunya tidak. Yang pastinya mereka yang bakal bertambah kaya ialah konco2 dan orang yang ada berkepentingan dalam kerajaan itu sendiri. Memang betul kita rakyat biasa tak mampu dan tak akan mampu sampai bila2 kiranya dipertanggungjawabkan melaksanakan projek2 mega tersebut. Tapi jangan lupa, rakyat biasa inilah yang memberi undi supaya kerajaan yang ada sekarang membela mereka. Mereka inilah yang sepatutnya mendapat faedahnya. Mereka bukan buta melihat kereta besar para YB, senarai projek yang diterima olah Khairy Jamaluddin (KJ) menantu DSAAB tu, bukan tak nampak jumlah elaun keraian para menteri, siapa yang terima berjuta juta kiranya lulus sesuatu projek dan banyak lagi kelebihan projek2 mega tersebut yang akhirnya jatuh ke tangan orang2 tertentu sahaja. Kesimpulannya, semua senarai projek mega yang diumumkan oleh PM tak berjaya mengambil hati rakyat, seterusnya gagal mendapat undi rakyat kerana faedah sebenarnya bukan kepada rakyat, tetapi mengenyangkan lagi perut mereka yang sudahpun kaya. Realitinya? Berapa kerat sangat dari kita rakyat biasa ni mendapat faedahnya. Kesian kita rakyat biasa.

3. Tak kira di dada akhbar, TV mahupun radio, tak henti2 diwar2kan akan keadaan ekonomi Malaysia yang makin baik, makin hari makin kukuh, indeks komposit mencecah paras tertinggi, pelaburan asing mencurah-curah masuk, keadaan aman tidak seperti negara lain yang huru hara sehingga ekonomi lumpuh....... pendek kata, semua baik belaka lah. Realitinya?

a. Minyak naik. Bila minyak naik semua barang akan ikut naik. Sebabnya? Semua perlukan pengangkutan untuk sampai kepada pengguna. Bila kos pengangkutan naik...maka yang lain pun perlulah naik.

b. Yang pertama naik akibat kenaikkan harga petrol? Tentunya barang keperluan utama rakyat biasa macam kita ni. Gula naik, susu naik, telur naik, beras naik. Bayangkan harga beras yang dulu RM 16.90 bagi pek 10 kg sekarang dah jadi RM 34.00. Bayangkan juga mereka yang ada 10, 15 anak. Bukan ke terasa sungguh nak beli beras. Itu belum susu, gula, belanja anak sekolah, bil api, air, astro, telefon dan lain2. Dahlah petrol naik....dah sememangnya kos pengangkutan ke tempat kerja akan naik, toll pun nak ikut naik juga? Akhirnya? Semua naik. Mangsanya? Kita rakyat biasa. PM bolehlah. Berapa jumlah elaun keraian dia? Semua perjalanan atas bil kerajaan. Makan minum? Boleh tanya DSAAB berapa kilo beras sebulan dia beli? Berapa jumlah bil air dan api Seri Perdana tu? Dia yang bayar? Heh...semua claim kerajaan. Jadi realitinya, semua pak menteri, YB2, pegawai2 kerajaan yang bolah claim ribu2 sebulan tu tak terjejas langsung dengan kenaikkan harga barang sebab semua claim balik. ditanggung kerajaan. Kita? Heh...tak ada langsung merasa nikmat peningkatan ekonomi yang kononnya sangat baik tu. Realitinya? Kita hidup TERSEKSA

c. Satu benda je tak naik....GAJI

4. Perkiraan kerajaan umumkan perbandingan harga petrol dengan negara2 jiran pun sebenarnya tak relevan lagi. Kita sebagai negara pengeluar petroleum sepatutnya dan memang berhak mendapat harga petrol yang begitu murah berbanding negara2 jiran yang lain. Kalau kerajaan berjaya kawal harga petrol, saya percaya harga barangan yang lain pun akan berjaya dikawal dari kenaikan yang tak munasabah. Realitinya? Kenaikan petrol tetap berlaku atas alasan kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Yang asyik ditonjolkan kerajaan berapa billion subsidi yang dah dikeluarkan. Tak pernah pula umum berapa perolehan cukai tiap2 tahun tu ye? Berapa jumlah royalti dari Petronas yang kerajaan kutip ye? Haa...umumla...boleh kita rakyat biasa ni kira sendiri. Jangan sogok rakyat dengan amaun yang sama sedangkan rakyat boleh nampak sendiri. Kesannya? BN hilang undi dalam PRU12. Padan la muka

5. Sedih juga lihat personaliti pemimpin2 BN bila dah berkuasa. Tengok Adnan Yaakob tunjuk isyarat f**k bila kena boo. Adaka boleh buat macam tu. Kalau betul2 kau samseng, jangan jadi MB la, buat malu rakyat Pahang saja. Komen Shahidan Kassim tentang nikah kahwin. Pengundi wanita semua naik meluat. Khir Toyo dekat Selangor. Aduhai...elok2 muka Jawa tu, nak diubahnya jadi iras2 Melayu Shah Alam konon. Akibatnya? Pengundi sapu dia guna penyapu yang dihadiahkannya dulu. Dan paling tak tahan, tona KJ bila bercakap. Angkuh sungguh. Macam tak ada orang lagi kat Malaysia ni yang berani cabar dan tegur dia. Maklumlah, menantu PM. Hasil akhir? Pengundi dah meluat dengan semua menteri2 yang sombong dan tak tau nak merendah diri tu, undi bukan pada BN lagi. Alang2 sakit hati, aku undi pembangkang, puas hati, padan la muka BN.

6. Kesimpulannya, kerajaan BN sekarang sudah tidak lagi mendapat sokongan rakyat sebab rakyat dah menyampah. Alang2 sakit hati biar BN rasa macam mana bila kita diabaikan. Semua syor2 kerajaan dah tidak relevan lagi. Biarpun pembangkang berjanji kosong, tapi sedap di dengar dek anak telinga. Realitinya...KUASA DITANGAN RAKYAT

Friday, May 23, 2008

Mengenai Saya

Assalamualaikum, buat semua pembaca blog saya ini.

Saya merupakan anak jati Selangor. Lahir pada Jun 1976 di Banting Kuala Langat. Membesar di Kg. Sg Lang Baru dan bersekolah di SK Sungai Lang dari 1984 hingga 1989 sebelum ke Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad Telok Dato sehingga tamat SRP pada 1992. Setelah itu mendapat tawaran memasuki Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur sessi 1992/93 dengan kelulusan SPM pangkat 1.

Dengan keputusan SPM itu saya diterima untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor bagi mengikuti jurusan Kejuruteraan Awam peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Kini bekerja sebagai Jurutera Projek di Pantai Bharu Industries Development Sdn Bhd, Batu 1 Jalan Meru Klang semenjak April 2003.

Berkahwin, isteri Noor Hafizah bt. Che Man berasal dari Sg Petani. Seorang lulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari UITM dan Diploma Perguruan dari Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur, kini bekerja sebagai guru matematik di Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah Kanchong Darat.

Anak sulung kini berumur 5 tahun, Muhammad Aizat Irwan dan anak kedua Muhammad Zikryl Hakiem berumur 7 bulan.

Menetap di No 14 Jalan Cempaka Putih 6, Taman Cempaka Banting Selangor Darul Ehsan.