Friday, May 23, 2008

Mengenai Saya

Assalamualaikum, buat semua pembaca blog saya ini.

Saya merupakan anak jati Selangor. Lahir pada Jun 1976 di Banting Kuala Langat. Membesar di Kg. Sg Lang Baru dan bersekolah di SK Sungai Lang dari 1984 hingga 1989 sebelum ke Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad Telok Dato sehingga tamat SRP pada 1992. Setelah itu mendapat tawaran memasuki Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur sessi 1992/93 dengan kelulusan SPM pangkat 1.

Dengan keputusan SPM itu saya diterima untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor bagi mengikuti jurusan Kejuruteraan Awam peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Kini bekerja sebagai Jurutera Projek di Pantai Bharu Industries Development Sdn Bhd, Batu 1 Jalan Meru Klang semenjak April 2003.

Berkahwin, isteri Noor Hafizah bt. Che Man berasal dari Sg Petani. Seorang lulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari UITM dan Diploma Perguruan dari Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur, kini bekerja sebagai guru matematik di Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah Kanchong Darat.

Anak sulung kini berumur 5 tahun, Muhammad Aizat Irwan dan anak kedua Muhammad Zikryl Hakiem berumur 7 bulan.

Menetap di No 14 Jalan Cempaka Putih 6, Taman Cempaka Banting Selangor Darul Ehsan.

No comments: